Khamis, 28 Ogos 2008

Mendung Lagi

Hari nie Mama sibuk sikit. Staff kat office seorang sakit dan seorang lagi cuti. Pagi tadi mendung lagi....... nie gambar kat plaza tol sunway . Keadaan biasa setiap pagi yang Mama kena tempuh untuk sampai ke tempat kerja. Dah menjadi biasa. Untuk mencari rezeki nak besarkan Aisar dan Afiq Mama sanggup buat apa saja.

Kat rumah baju dah sidai belum lagi kering. Panas sampai tengahari je..... petang dah hujan. Jadi kain di jemuran tak ada siapa yang boleh angkatkan. Nak buat macamana....doa sahajalah hari nie Mama dapat kutip semua kain-kain kat jemuran.

Malam tadi kami balik Kelana Jaya. Pasangkan penapis air kat rumah Mak. Aisar dengan Afiq memang seronok kalau jumpa Tok Wan dengan Nenek. Abah dan Mak manjakan sangat Aisar dengan Afiq tu. Balik dah pukul sepuluh tapi tiga orang lelaki dalam hidup Mama nie sempat pulak main dam. Tapi kesian. Bukan selalu Aisar dan Afiq dapat bermesra dengan Papa. Sekali-sekala je kalau Papa ada kat rumah dan balik awal. Jadi Mama tak bising. Buat kerja Mama. Tapi Papa pun tahu Aisar dan Afiq kena tidur awal sebab nak sekolah esok. Pukul 10.30 Papa suruh masuk tidur.





Nie gambar replika nenas yang Mama ambil masa pergi MAHA'08 hari tu. Menarik betul. Seronok juga pergi MAHA'08. Banyak betul produk bumiputra yang tak ada kat pasaran sebenarnya.

Tiada ulasan: