Jumaat, 29 Ogos 2008

Sesak

Hari Jumaat nie biasalah.....kawasan shopping semua sesak terutama hujung bulan. Macam-macam tawaran ada. Hai.....Duit je tak cukup...... kalau ikutkan hati semua nak beli. Mama memang suka shopping..... dapat window shopping pun dah okey sebenarnya. Betul juga orang kata shopping sebenarnya salah satu terapi minda.

Bila baca blog redmummy..... seronok betul. Rasanya kak red selalu gie shopping. Bilalah Mama nak dapat duit 'terpijak' nie.....he he he he......

Syukur alhamdullilah, Mama ada income sendiri. Bolehlah juga nak beli barang sendiri tanpa minta duit dari Papa. Taklah rasa bersalah kalau beli benda-benda yang hanya untuk Mama saja yang guna.

Hari nie Belanjawan keluar. Mama minta sangat rokok naik harga....memang akan naik tapi kalau boleh biar naik tinggi-tinggi. Bukan apa. Office Mama ada 6 orang. 4 orang hisap rokok. Yang akan mati dulu sebab asap rokok tu ialah Mama dan seorang lagi officemate Mama yang tak hisap rokok. Itu yang Mama doa rokok naik harga. Biar deorang tu kurang sikit hisap rokok. Nasib baik Papa, Abah, Mizal(adik Mama no-3) dan Hafez(adik bongsu Mama) tak hisap rokok.
Sorrylah bagi perokok semua......

Khamis, 28 Ogos 2008

Mendung Lagi

Hari nie Mama sibuk sikit. Staff kat office seorang sakit dan seorang lagi cuti. Pagi tadi mendung lagi....... nie gambar kat plaza tol sunway . Keadaan biasa setiap pagi yang Mama kena tempuh untuk sampai ke tempat kerja. Dah menjadi biasa. Untuk mencari rezeki nak besarkan Aisar dan Afiq Mama sanggup buat apa saja.

Kat rumah baju dah sidai belum lagi kering. Panas sampai tengahari je..... petang dah hujan. Jadi kain di jemuran tak ada siapa yang boleh angkatkan. Nak buat macamana....doa sahajalah hari nie Mama dapat kutip semua kain-kain kat jemuran.

Malam tadi kami balik Kelana Jaya. Pasangkan penapis air kat rumah Mak. Aisar dengan Afiq memang seronok kalau jumpa Tok Wan dengan Nenek. Abah dan Mak manjakan sangat Aisar dengan Afiq tu. Balik dah pukul sepuluh tapi tiga orang lelaki dalam hidup Mama nie sempat pulak main dam. Tapi kesian. Bukan selalu Aisar dan Afiq dapat bermesra dengan Papa. Sekali-sekala je kalau Papa ada kat rumah dan balik awal. Jadi Mama tak bising. Buat kerja Mama. Tapi Papa pun tahu Aisar dan Afiq kena tidur awal sebab nak sekolah esok. Pukul 10.30 Papa suruh masuk tidur.





Nie gambar replika nenas yang Mama ambil masa pergi MAHA'08 hari tu. Menarik betul. Seronok juga pergi MAHA'08. Banyak betul produk bumiputra yang tak ada kat pasaran sebenarnya.

Rabu, 27 Ogos 2008

Hari yang membosankan


Pagi tadi Aisar bersemangat nak pergi sekolah. Ada pendidikan jasmani...lawan bola.... seronok sangat. Kadang-kadang Mama tak tahu nak cakap macamana dengan Aisar. Minat dia pada bola memang mendalam tapi Mama tak ada masa nak hantar dia untuk latihan bola disekolah. Latihan tu sekolah buat hari sabtu pagi dan Mama kerja...so, terpaksalah Aisar lupakan hasrat dia nak masuk latihan bola sepak sekolah. Bagi Mama Aisar masih kecil, ada banyak masa lagi. Insyallah.

Entahlah......Mama pun tak tahu kenapa...tapi petang nie macam-macam hal yang berlaku. Dugaan dari Tuhan. Mama tiba-tiba rasa rindu kat Papa. Dah seminggu lebih Papa kerja balik lewat. Pukul 11 baru sampai rumah. Selepas siapkan makan Papa dan tunggu Papa makan, Mama dah mengantuk dan masuk tidur. Tak sempat nak berbual dengan Papa.

Selasa, 26 Ogos 2008

Tukar-Tukar

Mama baru belajar nak edit blog nie.....so, sekejap tukar...sekejap tukar. Masih belajar.

Novel Baru


Cerpen nie menyayat hati betul......

KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak!" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas

minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.

Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila" Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.

________________________________________________

Nanti sambung lagi ya.......

Sekarang Mama tengah baca Novel tulisan SABARIAH ARAUR......LELAKI TERAKHIR....
baru start so belum sampai klimaks lagi... Tapi sekarang tengah kerja, malam baru ada masa nak sambung baca, masa Aisar ngan Afiq dah tidur.

Isnin, 25 Ogos 2008

Rutin Bakal Berubah

Minggu nie sekolah dah start semula. So, rutin biasa bermula. Balik kerja Mama dah tak boleh pergi window shopping lagi..... kena balik terus untuk ambil Aisar dan Afiq kat Taska. Mak pun dah balik Kelana Jaya sebab rumah deorang dah siap renovate. Papa as usual.....minggu terakhir sale kenalah balik lewat tiap-tiap hari. Next week dah mula puasa. Rutin harian berubah sikit. Ingat nak minta balik awal dari last year. Last year boss Mama bagi balik pukul 5. Ingat tahun nie nak minta balik pukul 4.30 @ 4.45. Rasa macam tak sempat je. Bukanlah Mama nie masak kat rumah tapi sekarang nie kereta makin banyak kat jalan raya.....jalan makin jem.

Sebut pasal shopping....Mama memang suka shopping. Tapi duit je selalu tak cukup..... Semalam baru je ikut sister-in-law Mama gie shopping kat Sogo. Deorang tu memang tiap-tiap tahun shopping kat Sogo ngan jalan Masjid India. Actually for Raya tahun nie Mama dan Papa dah shopping untuk Aisar dan Afiq. Semua dah complete. Untuk kami je belum lagi....Papa kata early next month...masa dia dah free sikit. Biasalah Papa tu...dah kerja kat shopping complex mesti tak suka nak gie shopping complex. As usual Mama akan servey dulu barang Mama kat mana nak beli. Bila ajak Papa terus tuju kat tempat tu....

Pagi Isnin


Syukur alhamdullilah......
Pagi nie cuaca nyaman. (Gambar kat atas nie gambar permandangan yang Mama ambil dulu-dulu....... kat Kelab Golf Kinrara). Nak pergi kerja pun hati senang. Hantar Aisar pergi sekolah pun okey......Afiq macam biasa susah nak bangun. Mama hari nie okey. Papa...as usually masuk kerja lambat so masih bersenang-senang lagi di atas tempat tidur.

Kadang-kadang kita perlu redha dan terima apa yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku....barulah minda dan fikiran kita sentiasa tenang. Insyallah

Musim Sakit.......


Pagi tadi mendung. Mama pesan banyak kali dengan Aisar disekolah jangan main hujan. Tapi sekarang dah tengahari...... panas terik pulak. Officemate mama hari nie MC. Memang musim tengah tak menentu.


Semalam Afiq tak nak minum air masak.

"Kalau Afiq sakit, Afiq boleh ponteng sekolah" dia bersuara.

Tersentap mama dengar....

"Mana boleh macam tu, kalau Afiq sakit kan susah. Afiq susah nak makan, tak boleh main, tak boleh pergi mana-mana. Nanti mama pun susah kena jaga Afiq". Mama cuba menjawap dengan nada yang rendah.

"Okeylah. Afiq nak jadi good boy. Afiq minum air masak banyak-banyak"

Mama senyum je.


Sabtu, 23 Ogos 2008

Salam Perkenalan

Hari indah yang dirasakan ini harap dapat dikongsi bersama-sama. Walau suka walau duka hidup perlu diteruskan. Mana mungkin setiap hari hidup penuh dengan keceriaan atau setiap hari penuh dengan kemurungan.....perlu ada warna untuk meneruskan hidup.

Syukur alhamdullilah apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Semoga hidup kan terus bahagia.