Selasa, 28 Oktober 2008

Airport Pulau Pangkor - 06/10/2008


Nie lah Airport Pulau Pangkor. Kecik je.......Mama paksa Aisar dengan Afiq ambil gambar. Masing-masing muka monyok je bila suruh ambil gambar......






Balik pun naik kapal terbang yang sama masa datang tu. Memang perjalanan kapal terbang tu macam tu. Pagi dari Subang ke pangkor. Lepas tu balik ke subang semula. Lepas tu ke destinasi lain pulak......kalau tak silap ke Tioman.





Aisar dengan Afiq teruja betul tengok kapal terbang kecik yang sampai masa kita nak berlepas tu.....nampak tak? Yang kat belakang tu......





So, kami sampai Subang semula dalam pukul 12 tengahari. Hafez ambil.....balik Kelana Jaya dulu. Kesimpulannya, percutian kita kali nie memang betul-betul seronok sebab Mama dengan Papa tak penat lansung nak kena bawak kereta. Lain kali nak pergi bercuti macam sajalah. Taklah mahal sangat. Hotel dengan flight baru RM1,800 untuk 4 orang..(2 dewasa & 2 kanak-kanak). Yang lain-lain tu...... beli barang-barang sikit, makan, bayar duit van.....dalam RM 500 je. Okeylah tu.....Mama plan nak gie honeymoon ngan Papa kat Bali next year. Aisar dengan Afiq tinggal ya. Bulan Dec'08 nanti kita pergi Colmar, Bukit tinggi ya....Mama dah beli package masa Matta Fair hari tu.

Semoga percutian kali nie mengeratkan hubungan keluarga kita......

Lepak kat Lobby sebelum balik - 06/10/2008


Tengah tunggu Van yang akan hantar kita ke Lapangan Terbang Pulau Pangkor. Cuti dah habis.......nak balik KL







Afiq sibuk nak ambil gambar.........Nasib baik dia ambik cantik....... Kang kalau tak bagi merajuk pulak. Geram jugak kadang-kadang dengan Afiq nie.......









Nie kat signboard Pangkor Island Beach Resort....nak ambik gambar satu family tak ada lah pulak orang tengah lalu.....so Mama terpaksalah mengalah.......






Nie kat lobby.....Afiq suka sangat dengan burung tu........ Replika burung nie mereka buat macam treadmark hotel tulah....

Malam akhir kat pangkor - 05/10/2008

Malam last kat pangkor tu kami keluar gie makan malam....... ada pekan kecil tak jauh dari Pangkor Island Beach Resort. Mama lupa nak amik gambar. Yang ada gambar Afiq nie saja. Okey gak makan kat situ. Makan seafood chinese style. Ramai gak orang datang makan. Nasib baik kami awal. Kalau tak kena tunggu lama. Habis je makan terus balik........





Balik dari makan, Aisar ajak main pingpong....layankan saja sebab kita dah tak ada apa-apa aktiviti malam nie. Esok lepas sarapan pagi dah nak balik. Main dalam 1 jam dah penat. Terus balik bilik........apa lagi...TIDUR.

Rehat-rehat menjelang senja - 05/10/2008

Aisar ngan Afiq tak puas-puas main kat pantai

Papa suruh Aisar ngan Afiq amik gambar dengan burung.....burung apa tah......memang petang-petang, kakitangan Pangkor Island Resort nie akan letak buah-buahan untuk burung-burung tu makan. Seronok je burung-burung tu hari-hari dapat makan free.....



Mama dengan Papa tengah relak tengok Aisar dengan Afiq main pasir kat pantai

Jalan-jalan sekitar Pangkor Island Resort - 05/10/2008


Kat belakang tu gambar "Sea Villa" kat Pangkor Island Beach Resort nie....... Cantik. Tapi jauh dari Lobby. Bilik yang kita duduk tu betul-betul sebelah lobby dan mengadap swimming pool. Memang best.....





Kat belakang tu pulak "Garden Bangalow". Ramai gak orang yang duduk kat situ.







Nie pulak "Aryana Spa". Ingat Papa nak gie mandi sauna kat sini. Bila tanya dia kata dia ad kotak sauna saja...bukan bilik. Terus tak jadi..... Tak best.

Main Pasir di pantai - 05/10/2008




Seronok betul Aisar dengan Afiq main pasir kat pantai......Papa pun rajin gak main dengan deorang.....





Korek pasir sini....korek pasir sana......nak buat apa, Mama pun tak tahu......







Nie ha......jadinya.......apa-apalah asalkan Aisar dengan Afiq gembira

Hari ke-2 di Pangkor - 5/10/2008

Pagi bangun, Kita turun untuk sarapan pagi. Ramai jugak orang. Makanan okey. Boleh tahan. Apa lagi kita pun makanlah puas-puas. nanti tengahari kita tak akan keluar makan. Malam baru kita gie cari seafood umtuk makan malam. Makan tengahari nanti kita makan maggie je...... jadi breakfast nie makan kenyang-kenyang......hahahaha....


Lepas je breakfast Aisar dengan Afiq dah tak sabar nak mandi laut.


Pantai kat Pangkor nie memang cantik. Pasir dia halus sangat.

Malam kat Pulau Pangkor - 04/10/2008

Nie tempat khas untuk sesiapa yang nak candle light dinner

Balik dari Pekan petang tadi, Mama ngan Papa izinkan Aisar ngan Afiq mandi kat kolam dengan laut sekejap. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami dah balik bilik. Aisar ngan Afiq sambung mandi kat bilik mandi pulak. Kita tak keluar makan malam nie sebab tadi kita dah bungkus makanan untuk malam. Jadi lepas mandi, kita pun makan nasi bungkus. Lebih kurang pukul 8.00 malam kita gie jalan-jalan kat pantai.


Okey gak malam kat sini. Rami jugak orang. Jalan-jalan sekejap terus balik bilik. Masing-masing macam penat gitu. Papa suruh semua tidur. Papa nak keluar gie tengok live band. Papa kata Aisar dengan Afiq kecik lagi, tak boleh tengok. Nanti over expose pulak sebab life band tu walaupun open tapi ramai orang asing yang minum dan menari....tak sesuai untuk Aisar dan Afiq. So, kita bertiga terus je layan TV kat bilik.

Jalan-jalan kat Pekan Pangkor - 04/10/2008

Masuk bilik rehat sekejap, Kita pun plan nak ke pekan Pulau Pangkor. Nak cari makanan. Dah masuk petang nie....belum makan tengahari lagi. Mama tanya reception counter, mereka kata mereka akan panggil teksi untuk ke pekan. Sebelum tu Mama dengan Papa gie tanya kalau nak naik bot macamana.......tapi untuk hari nie tak ada free. Kalau nak naik esok pagi tapi kena naik minimum 4 orang dewasa. Kalau tak, tak boleh. Jadinya tak adalah rezeki nak naik bot pusing pulau Pangkor. Aisar dengan Afiq pun tak kesah. Jadi petang nie kita gie pekan dan balik dari pekan kita mandi laut sajalah.


Nie kat lobby hotel......sementara tunggu teksi....

Pangkor Island Beach Resort - 04/10/2008



Aisar dengan Afiq suka sangat kerusi nie......







Besar juga bilik nie....








Katil bilik nie saiz king.....dan mama ambil extra katil untuk Aisar. Jadi Afiq boleh tidur dengan Mama dan Papa.








Muka masing-masing puas hati je tengok bilik cantik....

Dah sampai Pangkor - 04/10/2008

Kita sampai Pangkor........Lapangan terbang Pulau Pangkor nie kecik je. Ada satu flight saja satu hari dan hanya ada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu & Ahad saja.


Masa kita sampai, kita disambut oleh Panda nie....Afiq suka sangat. Sementara Mama gie check-in dan kita tunggu bilik kita siap, Afiq asyik duduk kat sebelah Panda nie aje.

Percutian bermula - 04/10/2008















Nie kita sebelum berlepas ke.......PULAU PANGKOR....

Kali nie kita bercuti ke pulau pangkor. Dah lama kan tak bercuti jadi Mama harap Aisar & Afiq gembira dapat bercuti ke sini.















Kita gie naik Kapalterbang Berjaya Air. Perjalanan tak sampai pun 40 minit. Kapal terbang Berjaya Air nie kecik je. Boleh muat 48 orang je. So masa pergi tak penuh pun.


Papa duduk ngan Afiq.








Mama duduk ngan Aisar.

Dah balik KL.....

Malam raya ketiga(03/10/2008)......kita dah bertolak balik ke KL. Jalan okey je. Sampai rumah Mama terus kemas beg, basuh baju dan siapkan baju untuk esok. Kita nak pergi bercuti.....

Kemana??????

Ya....kita kesini.....

Hari Raya Ketiga - 03/10/2008

Hari Raya ketiga(03/10/2008)......kita kemana ya????? Ha...kita kat rumah je pagi tu, petang kita gie rumah kawan Papa, tapi dia dah balik KL. Tak kesahlah yang penting kita melawat mak dan adik-adik kawan Papa yang lain. Lepas tu gie rumah Mak Bid kat Teluk Redan...atas sikit dari pekan Masjid Tanah. Mak Bid hidang kuih raya je...... lepas tu barulah kita gerak ke rumah Mak Ngah kat Pengkalan. Biasalah kalau raya ke-3 memang Mak(panggilan untuk Mak Ngah) buat makan-makan untuk sedara datang beraya. Ramai orang jadi kita tak lama. Lepas makan je terus balik. Kang Malam dah nak balik KL.....esok nak gie JALANNNNNN......BESTNYA.....


Nie gambar anak-anak Mak Bid....tapi bukan masa raya. Gambar nie memang dah ada dalam simpanan Mama.








Nie pulak gambar keluarga Mak Ngah. Masa nie Mak Ngah kurang sihat.