Jumaat, 19 September 2008

Cerpen - 3

KALAU TAK SUKA PULANGKAN


Sambung siri - 3

."Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok?! Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya

keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"

Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah…"

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya.

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak."

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

Cermin mata baru....


Semalam Mama gie beli cermin mata hitam yang baru....murah je.... Vinci punya...okeylah....ada 20%. Warna merah..... sempena tahun nie raya Mama kan pakai semua warna merah....hahahaha.
Apa lagi Afiq seronoklah sebab sama dengan warna cermin mata dia. Aisar angin je.....

Cerita pasal barang-barang raya yang temanya warna merah tu...nantilah lain kali Mama cerita. Belum ada mood nak keluarkan. Semua masih dalam beg kertas lagi. Terima kasih banyak-banyak kat Papa sebab belanjakan gaji Papa bulan lepas untuk shopping raya Mama.Sayang Papa....







Pagi tadi apa lagi Afiq melaram dengan cermin mata Mama masa hantar abang pergi sekolah. Seronok Afiq bila Mama ambil gambar. Tapi memang cute sangat muka Afiq.