Nie gambar sebelum pergi rumah kawan Papa kat Damansara Damai. Rumah Auntie Ana. Aisar takut betul nak kesana sebab lif dia menakutkan. Mama pun seram je naik lift tu. Masa nak pergi sibuk bergambar.....tapi dah sampai sana nak ambik gambar sekali kamera tertinggal........So, tak adalah gambar open house Auntie Ana.
Khamis, 30 Oktober 2008
Nak pergi open house - 21/10/2008
Nie gambar sebelum pergi rumah kawan Papa kat Damansara Damai. Rumah Auntie Ana. Aisar takut betul nak kesana sebab lif dia menakutkan. Mama pun seram je naik lift tu. Masa nak pergi sibuk bergambar.....tapi dah sampai sana nak ambik gambar sekali kamera tertinggal........So, tak adalah gambar open house Auntie Ana.
Bukak Hamper - 17/10/2008
Berebut-rebut masa nak bukak. Dah bukak berebut nak barang-barang dalam tu pulak.......
Orang Singapore datang - 16/10/2008
Papa ada sepupu kat singapore. Dah 3 kali kita kesana melawat deorang.....deorang turun KL tak tahu dah berapa kali. Seronok dapat kenal dengan sepupu Papa nie. Deorang nie memang seronok. Sebenarnya yang rapat dengan kita sorang je. Auntie Ramlah...tapi family suami Auntie Ramlah....Uncle Wahab yang rapat lagi dengan kita. Adik-beradik Uncle Wahab ada 5 orang. Uncle Aziz, Uncle Ali, Auntie Jan, Auntie Mah dan Uncle Wahab. Rumah deorang semua kita dah pergi.
Kat rumah Uncle Aziz. Dari kanan.....Uncle Ali, Uncle Wahab, Aisar, Afiq, Papa, Mama, Auntie Ramlah dan Auntie Jan. Belakang Auntie Ramlah ialah Kakak Fatimah dan sebelah dia Kakak Suhaila.....anak Uncle Ali.
Gambar nie Mama ambil masa kita pergi Singapore cuti sekolah bulan March 2008. Deorang datang rumah kita Mama lupa nak ambil gambar. Yang datang ialah Uncle Wahab, Auntie Ramlah, Auntie Jan, Auntie Mah, Uncle Aziz dan Auntie Ana (isteri Uncle Aziz). Deorang datang sebab nak selesaikan masalah Auntie Mah. Semoga semuanya selesai dengan baik.
Rabu, 29 Oktober 2008
Tolong Nenek - 11/10/2008


Dah menjadi kebiasaan kalau Nenek ada catering...basuh membasuh segala benda buat kat rumah. Apa lagi....yang seronoknya mestilah Aisar dan Afiq sebab dapat main air. Cakap nak tolong Nenek tapi jadinya main air. Tolong tu memanglah tolong, tapi lebih main je. Terjerit-jeritlah nenek marahkan Aisar dengan Afiq.
Aktiviti macam nie hanya dapat dibuat hari sabtu dan ahad saja. Almaklumlah kalau hari biasa kita mana ada masa nak ke rumah Nenek.
Selasa, 28 Oktober 2008
Airport Pulau Pangkor - 06/10/2008
Nie lah Airport Pulau Pangkor. Kecik je.......Mama paksa Aisar dengan Afiq ambil gambar. Masing-masing muka monyok je bila suruh ambil gambar......
Balik pun naik kapal terbang yang sama masa datang tu. Memang perjalanan kapal terbang tu macam tu. Pagi dari Subang ke pangkor. Lepas tu balik ke subang semula. Lepas tu ke destinasi lain pulak......kalau tak silap ke Tioman.
Aisar dengan Afiq teruja betul tengok kapal terbang kecik yang sampai masa kita nak berlepas tu.....nampak tak? Yang kat belakang tu......
So, kami sampai Subang semula dalam pukul 12 tengahari. Hafez ambil.....balik Kelana Jaya dulu. Kesimpulannya, percutian kita kali nie memang betul-betul seronok sebab Mama dengan Papa tak penat lansung nak kena bawak kereta. Lain kali nak pergi bercuti macam sajalah. Taklah mahal sangat. Hotel dengan flight baru RM1,800 untuk 4 orang..(2 dewasa & 2 kanak-kanak). Yang lain-lain tu...... beli barang-barang sikit, makan, bayar duit van.....dalam RM 500 je. Okeylah tu.....Mama plan nak gie honeymoon ngan Papa kat Bali next year. Aisar dengan Afiq tinggal ya. Bulan Dec'08 nanti kita pergi Colmar, Bukit tinggi ya....Mama dah beli package masa Matta Fair hari tu.
Semoga percutian kali nie mengeratkan hubungan keluarga kita......
Lepak kat Lobby sebelum balik - 06/10/2008
Tengah tunggu Van yang akan hantar kita ke Lapangan Terbang Pulau Pangkor. Cuti dah habis.......nak balik KL
Afiq sibuk nak ambil gambar.........Nasib baik dia ambik cantik....... Kang kalau tak bagi merajuk pulak. Geram jugak kadang-kadang dengan Afiq nie.......
Nie kat signboard Pangkor Island Beach Resort....nak ambik gambar satu family tak ada lah pulak orang tengah lalu.....so Mama terpaksalah mengalah.......
Nie kat lobby.....Afiq suka sangat dengan burung tu........ Replika burung nie mereka buat macam treadmark hotel tulah....
Malam akhir kat pangkor - 05/10/2008
Balik dari makan, Aisar ajak main pingpong....layankan saja sebab kita dah tak ada apa-apa aktiviti malam nie. Esok lepas sarapan pagi dah nak balik. Main dalam 1 jam dah penat. Terus balik bilik........apa lagi...TIDUR.
Rehat-rehat menjelang senja - 05/10/2008
Mama dengan Papa tengah relak tengok Aisar dengan Afiq main pasir kat pantai
Jalan-jalan sekitar Pangkor Island Resort - 05/10/2008
Kat belakang tu gambar "Sea Villa" kat Pangkor Island Beach Resort nie....... Cantik. Tapi jauh dari Lobby. Bilik yang kita duduk tu betul-betul sebelah lobby dan mengadap swimming pool. Memang best.....
Kat belakang tu pulak "Garden Bangalow". Ramai gak orang yang duduk kat situ.
Nie pulak "Aryana Spa". Ingat Papa nak gie mandi sauna kat sini. Bila tanya dia kata dia ad kotak sauna saja...bukan bilik. Terus tak jadi..... Tak best.
Main Pasir di pantai - 05/10/2008
Hari ke-2 di Pangkor - 5/10/2008
Pantai kat Pangkor nie memang cantik. Pasir dia halus sangat.
Malam kat Pulau Pangkor - 04/10/2008
Balik dari Pekan petang tadi, Mama ngan Papa izinkan Aisar ngan Afiq mandi kat kolam dengan laut sekejap. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami dah balik bilik. Aisar ngan Afiq sambung mandi kat bilik mandi pulak. Kita tak keluar makan malam nie sebab tadi kita dah bungkus makanan untuk malam. Jadi lepas mandi, kita pun makan nasi bungkus. Lebih kurang pukul 8.00 malam kita gie jalan-jalan kat pantai.

Okey gak malam kat sini. Rami jugak orang. Jalan-jalan sekejap terus balik bilik. Masing-masing macam penat gitu. Papa suruh semua tidur. Papa nak keluar gie tengok live band. Papa kata Aisar dengan Afiq kecik lagi, tak boleh tengok. Nanti over expose pulak sebab life band tu walaupun open tapi ramai orang asing yang minum dan menari....tak sesuai untuk Aisar dan Afiq. So, kita bertiga terus je layan TV kat bilik.
Okey gak malam kat sini. Rami jugak orang. Jalan-jalan sekejap terus balik bilik. Masing-masing macam penat gitu. Papa suruh semua tidur. Papa nak keluar gie tengok live band. Papa kata Aisar dengan Afiq kecik lagi, tak boleh tengok. Nanti over expose pulak sebab life band tu walaupun open tapi ramai orang asing yang minum dan menari....tak sesuai untuk Aisar dan Afiq. So, kita bertiga terus je layan TV kat bilik.
Jalan-jalan kat Pekan Pangkor - 04/10/2008
Nie kat lobby hotel......sementara tunggu teksi....
Pangkor Island Beach Resort - 04/10/2008
Dah sampai Pangkor - 04/10/2008
Masa kita sampai, kita disambut oleh Panda nie....Afiq suka sangat. Sementara Mama gie check-in dan kita tunggu bilik kita siap, Afiq asyik duduk kat sebelah Panda nie aje.
Percutian bermula - 04/10/2008
Nie kita sebelum berlepas ke.......PULAU PANGKOR....
Kali nie kita bercuti ke pulau pangkor. Dah lama kan tak bercuti jadi Mama harap Aisar & Afiq gembira dapat bercuti ke sini.
Kita gie naik Kapalterbang Berjaya Air. Perjalanan tak sampai pun 40 minit. Kapal terbang Berjaya Air nie kecik je. Boleh muat 48 orang je. So masa pergi tak penuh pun.
Papa duduk ngan Afiq.
Mama duduk ngan Aisar.
Dah balik KL.....
Hari Raya Ketiga - 03/10/2008
Hari Raya ketiga(03/10/2008)......kita kemana ya????? Ha...kita kat rumah je pagi tu, petang kita gie rumah kawan Papa, tapi dia dah balik KL. Tak kesahlah yang penting kita melawat mak dan adik-adik kawan Papa yang lain. Lepas tu gie rumah Mak Bid kat Teluk Redan...atas sikit dari pekan Masjid Tanah. Mak Bid hidang kuih raya je...... lepas tu barulah kita gerak ke rumah Mak Ngah kat Pengkalan. Biasalah kalau raya ke-3 memang Mak(panggilan untuk Mak Ngah) buat makan-makan untuk sedara datang beraya. Ramai orang jadi kita tak lama. Lepas makan je terus balik. Kang Malam dah nak balik KL.....esok nak gie JALANNNNNN......
BESTNYA.....
Nie gambar anak-anak Mak Bid....tapi bukan masa raya. Gambar nie memang dah ada dalam simpanan Mama.

Nie pulak gambar keluarga Mak Ngah. Masa nie Mak Ngah kurang sihat.
BESTNYA.....Nie gambar anak-anak Mak Bid....tapi bukan masa raya. Gambar nie memang dah ada dalam simpanan Mama.

Nie pulak gambar keluarga Mak Ngah. Masa nie Mak Ngah kurang sihat.
Selasa, 21 Oktober 2008
Hari Raya Kedua - 02/10/2008
Hari Raya kedua (02/10/2008) dari pagi kita dah keluar gie Serkam...rumah ex-officemate mama.....Puan Zulaikha Zaiton. Dia sekarang mengandung dah nak masuk lapan bulan...baby pertama. Makan tengahari kat situ lepas tu kita gie rumah Mama Busu Mie kat Umbai.......sampai tengah ramai orang...tunggu punya tunggu....Makcik ngan Mak Lang pun sampai.....so kita makan sama-sama.
Lepas tu gie rumah adik Pak Lang...kat mana ya......tak jauh dari Umbai....Mama dah lupa apa nama tempat tu....... Lepas makan kita pun minta diri untuk balik. Ingat nak pergi rumah kawan Papa...tapi dah lambat terus je balik rumah. Esoklah baru gie.
Langgan:
Catatan (Atom)
