Jumaat, 10 Oktober 2008

Cerita Malam Raya....

Walaupun hari nie dah 10 Syawal.... tapi hanya bermula hari nie Mama ada masa nak update. So, Mama mulakan dari malam raya. Macam biasa, setiap tahun kita sekeluarga akan menyambut malam raya di kelana jaya sebab kat sini ada takbir malam raya dari rumah ke rumah. Nie yang Aisar dan Afiq suka....apa lagi...kumpul duit raya.


Nie yang Mama dan nenek siapkan untuk tetamu takbir

Selalunya takbir malam raya dari rumah ke rumah akan berakhir lebih kurang pukul 11.30 - 12.00 tengahmalam. Sampai je rumah apa lagi Aisar dan Afiq pun sibuk kira duit raya. Esok dah raya pertama. Selalunya lepas sembahyang, bermaaf-maafan dan makan-makan selesai kita akan bertolak balik ke Melaka. Itulah rutin yang kita sekeluarga lakukan setiap kali hari raya.