Rabu, 24 September 2008

Masuk Office Lambat

Mama kat sini jumpa Ann untuk bagi dokumen Boss Mama

Pukul 1.30ptg baru Mama sampai office. Pagi memang saja keluar lambat sebab appoitment pukul 12.00tgh. Sebelum tu kena pergi secretarial office dulu ambil dokumen.... Okey gak dapat berjalan-jalan. Taklah boring sangat....lagipun mood raya sudah datang.........

Isnin, 22 September 2008

Minggu ke -3 puasa

Syukur alhamdullilah hari nie dah masuk minggu ke-3 berpuasa. Aisar masih kuat meneruskan puasa dan Afiq masih belum dapat walaupun sehari. Tak mengapalah....mungkin Afiq boleh belajar puasa penuh tahun depan.


Nie gambar bengkel kereta Uncle chia kat dalam.....

Hari Sabtu...... 20/09/2008
Pagi gie kerja, habis kerja Mama terus gie TTDI...tempat lama Mama kerja. Nak gie service kereta dan tukar tayar kereta Atos Mama....dah teruk sangat tayar depan tu...macam dah nak pecah. Budget bukan ada pun tapi sebab Mama dah takut nak bawak. Gie kedai Uncle Chia....pekerja dia semua masih pekerja yang lama. Semua tanya Mama kenapa lama tak datang...... hehehehe......bukan tak boleh datang tapi sengaja tak nak datang servis kereta kat situ....

Dalam sejam Mama kat situ kereta dah siap. Bila nak bayar......kenapa RM165 pulak satu tayar...hari tu kata RM150 je....apa lagi Mama suruh jugak dia bagi RM150.00....nasib baik dapat. Apa lagi...terus balik. Mama nak gie Jusco Bukit Raja...... bukan nak shopping.....nak jalan je....


Cantik rumah nie.....

Tapi lepas je traffic light yang first kat TTDI tu terkejut Mama tengok ada satu rumah baru kat situ.....besar betul....tapi kawasan tu tak sesuai...rumah tu cantik...tapi tak ada laman.....

Besar betul....

Hari Ahad......21/09/2008
Mama kerja........apa lagi tolong Papa kat Jusco lah.......Penat juga.....orang ramai tapi tak apalah asalkan dapat tolong Papa. Mama balik pukul 6 untuk berbuka puasa dengan Aisar, Afiq dengan Tie. Malam gie singgah rumah Lina pinjam tangga.... Mama dah mood raya....suruh Tie tolong kemas rumah.....

Jumaat, 19 September 2008

Cerpen - 3

KALAU TAK SUKA PULANGKAN


Sambung siri - 3

."Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok?! Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya

keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"

Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah…"

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya.

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak."

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

Cermin mata baru....


Semalam Mama gie beli cermin mata hitam yang baru....murah je.... Vinci punya...okeylah....ada 20%. Warna merah..... sempena tahun nie raya Mama kan pakai semua warna merah....hahahaha.
Apa lagi Afiq seronoklah sebab sama dengan warna cermin mata dia. Aisar angin je.....

Cerita pasal barang-barang raya yang temanya warna merah tu...nantilah lain kali Mama cerita. Belum ada mood nak keluarkan. Semua masih dalam beg kertas lagi. Terima kasih banyak-banyak kat Papa sebab belanjakan gaji Papa bulan lepas untuk shopping raya Mama.Sayang Papa....







Pagi tadi apa lagi Afiq melaram dengan cermin mata Mama masa hantar abang pergi sekolah. Seronok Afiq bila Mama ambil gambar. Tapi memang cute sangat muka Afiq.

Khamis, 18 September 2008

SMS Dari Mekah......





Setakat hari nie.......Mama dah dapat 2 sms dari Nenek dan Tokwan kat Mekah. Dan Mama dapat 2 missed call ....lepas tu Mama pun call Tokwan semula. Seronok dengar suara Nenek ngan Tokwan sihat kat sana.




Nie sms pertama dari Tokwan....
"Abah selamat sampai kat Jedah jam 3.55 (8.55 disana) kini dalam bus untuk ke Mekah jam 6 baru buka puasa."

Nie sms kedua pulak....
"Allhamdullilah abah & emak dapat menyempurnakan umrah semalam hingga jam 12 t/malam. Ketika ini baru balik dari Masjid jarak 200m, tetamu Allah terlalu padat berganda dari musim haji."

Cek

Pagi nie Mama macam rasa penat sangat...... Semalam cuti Nuzul Al-Quran ( 17/09/2008). So, office Mama tutup. Tapi Mama gie tolong Papa........ Tempat Papa tak cukup orang....nanti Mama cerita pasal tempat Papa ya.....



Boss masuk je terus suruh Mama buat kerja......Nak tengok Mama dapat duit tak.... Nie dia... Banyak tak Mama dapat duit.....Ha...Ha...Ha.....

Bukan duit Mama pun...Guna nama je nak keluarkan duit nie lepas tu terus kena transfer balik dalam account. Macamana pun ini first time Mama dapat cek RM50,000.00...Best nye kalau dapat betul-betul.......

Isnin, 15 September 2008

Penuh keceriaan dan kesedihan



Nenek senyum je bila Mama ambil gambar.....



Tokwan serius je.......





Dari kiri....Tie(Assistant Nenek tu....) Paksu, Nenek, Che Su (Assistant Jai...) Auntie Sue, Pak cik Jai, Qistina ngan Afiq.



Tokwan dan nenek dah selamat berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sabtu tadi(13/09/2008). Nampak raut wajah mereka gembira dapat kesana...... kita kat sini yang pasti akan merindui mereka. Afiq siap berdoa lagi...... "Ya Allah, Kembalikan nenek dan tok wan kat rumah". Berderai ketawa kita semua. Aisar pulak asyik tanya...." berapa hari lagi tokwan dengan nenek nak balik". Apa-apa pun Mama harap Tokwan dan nenek gembira disana.

Bila Tokwan dengan Nenek nak masuk dah....seisi salam bersalam bermula.....Masing-masing nangis...entahlah.....lagi tua nie lagi sedih bila nak berpisah lama ngan Nenek dengan Tokwan. Afiq nangis sebab nak ikut..... Insyallah.

Khamis, 11 September 2008

Ceria


Semalam Mama cuti...gie shopping dengan Papa.Kalau Aisar dengan Afiq tahu...mesti merajuk dua-dua anak Mama nie. Habis satu KL mama dengan papa pusing. Cari satu benda je.....tapi akhirnya jumpa juga....puas hati.

Hari sebelum tu Mama umpanlah Aisar dengan Afiq makan berbuka KFC. Suka sangat.



Isnin lepas Mama tolong officemate Mama belikan Mummy dia tiket bus gie singapore kat Sunway pyramid...... Sekali Mummy dia bagi present kat Mama......kita berbudi orang berbahasa. Dapatlah....aksesori....Mama kan suka benda-benda macam nie....

Selasa, 9 September 2008

Cerpen - 2

KALAU TAK SUKA PULANGKAN


Sambung siri ke -2


"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu!"

"Masa tu Amirul kecik lagi," balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat, Sabtu ni saya hantar awak balik kampung. Muktamad!" Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.

Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa."

"Takpe... pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

Hari ke - 9 berpuasa


Hari ini dah puasa ke-9. Syukur alhamdullilah Aisar berjaya mengharung puasa sampai ke hari nie dengan jayanya. Tapi semalam dia complaint mulu dia dah mula panas. Siap keluar bijik-bijik kecik kat lidah. Biasalah dia...kalau panas memang macam tu. Mulut Aisar sensetive sikit. Mama dah bising suruh dia minum air masak banyak-banyak.


Dah berapa hari Mama tak menulis kat sini. Seronok sangat nak habiskan baca Blog Ceera.........
Lagipun tak ada cerita nak cerita. Anyway tak sabar nak sampai esok. Esok Mama cuti. Nak pergi shopping dengan Papa cari barang raya Mama. Dah jumpa handbag yang nak suruh Papa belikan...... Seronoknya.....

Hari Ahad hari tu Mama gie Anggerik Mall. Gie tengok office Abah. Mak pulak nak beli barang nak pergi Umrah. Dah jumpa semua kat Anggerik Mall malas nak kemana-mana. Sementara nak tunggu pasar ramadhan kat situ bukak...Mama gie buat Facial. Dah lama tak buat. Okeylah....puas hati.... Nanti Mama tulis nama tempat nie kay. Tertinggal pulak name card dia kat rumah.

Jumaat, 5 September 2008

Palace of the Golden Horses

Semalam Mama dan Papa bawa Aisar dan Afiq gie buka puasa kat Golden Horses. Bukan nak membazir tapi Mama suka anak-anak Mama terdedah dengan benda-benda macam nie....biar deorang tahu. Seronok tengok Afiq makan. Aisar pun sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Cuma Mama pesan jangan membazir. Kalau rasa nak makan ambil sikit dulu. Kalau sedap boleh ambil lagi. Tiap-tiap tahun pun kami akan pergi berbuka sekali dalam bulan puasa kat luar.

Nie gambar Aisar dengan Afiq kat luar tempat makan. Waktu nie hujan renyai-renyai. Duduk kat dalam sejuk sangat. Jadi kami ambil angin kat luar sambil tunggu perut lega sikit untuk sambung makan lagi......




Dah habis makan Afiq apa lagi....lari sana lari sini. Last-last dia jumpa benda nie....punyalah besar.... Apa lagi.....ketawa besar dua-dua orang nie main menyorok kat belakang benda nie. Nasib baik sempat Mama ambil gambar masa deorang tengah peluk benda nie.....



Makanan kat sana tahun nie macam kureng sikit. Dua tahun lepas Mama pergi rasa lagi okey. Tapi tahun nie ada persembahan. Walaupun bukan artis porpular...tapi still enjoy....esp. Afiq...siap bagi bunga kat meja pada kakak yang menyanyi tu...... Afiq memang suka buat benda pelik-pelik.









Rabu, 3 September 2008

Bosan

Tak tahu kenapa hari nie membosankan. Masa pulak lambat betul berjalan. Mungkin sebab Mama tak sabar nak balik. Hari nie Papa balik awal. So, dapatlah berbuka bersama. Semalam Mama berbuka dengan Aisar dan Afiq saja.

Selasa, 2 September 2008

Ramadhan

Syukur alhamdullilah.......Semalam dah mula puasa. Kami sekeluarga bersahur kat Kelana Jaya, rumah Mak dan Abah....... Papa pun ada. Seronok betul bersahur. Buka puasa...kami je. Papa kena kerja. Tak apalah. Insyallah lain kali kami cuba berbuka bersama-sama.