Isnin, 22 September 2008

Minggu ke -3 puasa

Syukur alhamdullilah hari nie dah masuk minggu ke-3 berpuasa. Aisar masih kuat meneruskan puasa dan Afiq masih belum dapat walaupun sehari. Tak mengapalah....mungkin Afiq boleh belajar puasa penuh tahun depan.


Nie gambar bengkel kereta Uncle chia kat dalam.....

Hari Sabtu...... 20/09/2008
Pagi gie kerja, habis kerja Mama terus gie TTDI...tempat lama Mama kerja. Nak gie service kereta dan tukar tayar kereta Atos Mama....dah teruk sangat tayar depan tu...macam dah nak pecah. Budget bukan ada pun tapi sebab Mama dah takut nak bawak. Gie kedai Uncle Chia....pekerja dia semua masih pekerja yang lama. Semua tanya Mama kenapa lama tak datang...... hehehehe......bukan tak boleh datang tapi sengaja tak nak datang servis kereta kat situ....

Dalam sejam Mama kat situ kereta dah siap. Bila nak bayar......kenapa RM165 pulak satu tayar...hari tu kata RM150 je....apa lagi Mama suruh jugak dia bagi RM150.00....nasib baik dapat. Apa lagi...terus balik. Mama nak gie Jusco Bukit Raja...... bukan nak shopping.....nak jalan je....


Cantik rumah nie.....

Tapi lepas je traffic light yang first kat TTDI tu terkejut Mama tengok ada satu rumah baru kat situ.....besar betul....tapi kawasan tu tak sesuai...rumah tu cantik...tapi tak ada laman.....

Besar betul....

Hari Ahad......21/09/2008
Mama kerja........apa lagi tolong Papa kat Jusco lah.......Penat juga.....orang ramai tapi tak apalah asalkan dapat tolong Papa. Mama balik pukul 6 untuk berbuka puasa dengan Aisar, Afiq dengan Tie. Malam gie singgah rumah Lina pinjam tangga.... Mama dah mood raya....suruh Tie tolong kemas rumah.....

Tiada ulasan: