
Pagi tadi Aisar bersemangat nak pergi sekolah. Ada pendidikan jasmani...lawan bola.... seronok sangat. Kadang-kadang Mama tak tahu nak cakap macamana dengan Aisar. Minat dia pada bola memang mendalam tapi Mama tak ada masa nak hantar dia untuk latihan bola disekolah. Latihan tu sekolah buat hari sabtu pagi dan Mama kerja...so, terpaksalah Aisar lupakan hasrat dia nak masuk latihan bola sepak sekolah. Bagi Mama Aisar masih kecil, ada banyak masa lagi. Insyallah.
Entahlah......Mama pun tak tahu kenapa...tapi petang nie macam-macam hal yang berlaku. Dugaan dari Tuhan. Mama tiba-tiba rasa rindu kat Papa. Dah seminggu lebih Papa kerja balik lewat. Pukul 11 baru sampai rumah. Selepas siapkan makan Papa dan tunggu Papa makan, Mama dah mengantuk dan masuk tidur. Tak sempat nak berbual dengan Papa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan